PM mahu belia rebut peluang majukan diri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyeru golongan belia supaya berbangga menjadi orang muda kerana kerajaan menyediakan pelbagai peluang memajukan diri untuk menghadapi cabaran masa depan.

Perdana Menteri berkata, kejayaan perjuangan, visi dan misi negara bergantung kepada golongan belia hari ini sebagai pewaris kepemimpinan negara.

揝ungguh hebat sekali untuk menjadi orang muda yang tinggal di Malaysia. Sungguh bertuah untuk belia Malaysia sebab ada semua kemudahan.

揑ngatlah, masa depan yang menunggu kerana cabaran yang lebih dahsyat dari negara lain. Ingatlah masa depan yang kita mahukan adalah masa depan yang cemerlang.,?katanya berucap pada Perhimpunan Hari Belia Negara 2006, di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Beliau turut menyampaikan anugerah kepada 11 pemenang anugerah belia membabitkan sembilan kategori.

Tema sambutan Hari Belia tahun ini ialah 揃elia Bina Bangsa, Belia Wawasan. Belia Malaysia.?br>
Kira-kira 10,000 belia dari seluruh negara hadir pada majlis itu, termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman; Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo; dan Presiden Gerakan Belia 4B, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Perdana Menteri mengingatkan, belia agar membuat persediaan secukupnya dari sekarang dengan menuntut ilmu dan kemahiran, tanpa mengira sama ada akan menjadi pemimpin dalam kerajaan, syarikat swasta atau pekerjaan lain.

Katanya, tugas kerajaan sekarang adalah menyediakan peluang pembelajaran secukupnya kepada anak muda melalui pembinaan modal insan.

揝ungguh bertuah anak muda yang berada di negara ini dengan kemudahan dan peluang yang ada. Ambil peluang itu kerana (anda) muda hanya sekali, jangan alpa dan lupa. Bersedialah untuk memikul amanah negara,?katanya.

Beliau juga mahukan golongan muda mengamalkan sikap terpuji dengan berkelakuan baik, berpekerti mulia dan mengamalkan ajaran agama.

揗esti ada kekuatan jasmani, rohani dan ilmu pengetahuan, baru dapat mendaki gunung kejayaan.

揂da banyak peluang sekarang. Dulu pada masa Pak Lah, sekolah pun tak cukup di luar bandar. Universiti pun satu saja, itupun di Singapura,?katanya.

Abdullah berkata, belia adalah khazanah negara dan kerajaan menaruh sepenuh harapan terhadap golongan itu untuk memajukan negara.

揔ita tidak nampak belia sebagai liabiliti, tapi satu tenaga untuk membangunkan negara,?katanya.

Beliau berkata, golongan belia memainkan peranan penting untuk membantu negara, terutama mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

ANUGERAH BELIA NEGARA ?6
Kategori Kesukarelaan

Tan Chin Peng

Kategori Keusahawanan
Abdul Karim Mohamad

Kategori Wira Tani
Marahza Abd Majid

Kategori Kepimpinan
Anuar Abdul Manap

Kategori Daya Juang Malaysia Boleh
Ras Adiba Mohd Radzi

Anugerah Khas Duta Belia
Hafizi Harun

Tokoh Belia Wanita
Normah Jaafar

Tokoh Belia Lelaki
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo

ANUGERAH PERDANA PERTUBUHAN BELIA

Johan
Gerakan Belia 4B Cawangan Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang

Naib Johan
Persatuan Belia Sejati Felda Bukit Besar Gugusan Taib Andak, Kulai, Johor

Ketiga
Persatuan Belia Seri Penambang (MAYC) Puspa Beladau Kepong, Kuala Terengganu